
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| < noteTomyself >
Assalamualaikum w.b.t .
yang sebenarnya. .
Islam
itu agama yang mudah dan tidak menghalang fitrah manusia.
Lebih indah,
ia menyediakan landasan-landasan tertentu agar fitrah manusia itu tidak melampaui batas dan akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.
Hakikatnya,
memiliki kehidupan yang berteraskan syariat Islam itu terasa sangat indah. Terasa hidup seperti terpandu dan tiada sesat untuk menuju ke pengakhiran yang bakal tiba. SubhanAllah. .
Namun
adakalanya,
manusia mudah terbabas dek hanyut dengan nikmat dunia yang sementara. Iman pula ada pasang surutnya, dan implementasi ibadah pula ada tinggi turunnya.
Naik
turun itu lumrah,
namun apabila kita dapat merasakan kita berada di tahap rendah, berusahalah untuk naik kembali! Apabila merasakan hati yang tidak tenang, mungkin itu sebenarnya petanda iman semakin dihakis. Berusahalah untuk meneguhkan iman kembali!
Ditegaskan disini,
Orang Islam itu tidak sempurna ,
yang sempurna itu agamanya.
Ya ISLAM!
manusia seperti biasa
melakukan kesalahan demi kesalahan.
Berlaku
khilaf.
ISLAM
itu mudah,
ISLAM itu indah.
Pernah terdengar kata-kata ini, ?
andai orang
bukan islam mengetahui "akhlak" umat islam kini ,
nescaya mereka tidak
mahu memeluk agama islam,
tapi mereka tertarik dengan keindahan ISLAM ,
kerana ISLAM tu mudah. .
kita boleh memohon, meminta ampun kepadaNya. .
Ya Allah. .
:) Ya Allah. .
Aku minta kuatkan lah imanku,
kuatkanlah kesabaranku
kerana
ku bimbang setiap
ujianmu tak dapat ku tempuhi dengan sabar dan kental.
Aku sering
terfikir. .
apakah aku layak menjadi bidadari syurga?
Bukan sekadar
bidadari yang terlihat indah pada zhirnya
tapi tidak rupanya elok pada
batinnya.
Allah. .
Allah. .
Allah. .
Sesungguhnya. .
Aku bukan sehebat Sumayyah.
Aku hanyalah pendosa tanpa noktah
- cikgu fara -
|