
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t. .
sedar tak sedar. .
kita dah hampir masuk bulan Ramadhan yg penuh Barakhah. .
jom kita kupas sedikit demi sedikit tentang bulan ini
:)
KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” “Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”. Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.
FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.
· Pintu langit dibuka Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) · Pintu-pintu syurga dibuka Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.” (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) · Amal ibadah bulan Ramadhan Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya. 4. Memberikan hidangan berbuka puasa. 5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya). 6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t. 7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka. 8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran. 9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
emm. .
banyak kan sebenarnya perkara maaruf yg dpt kita lakukan utk dpt pahala. .
tapi. .
jgn lupa. .niatkan segalanya kerana Allah. .
Semoga kita dpt gunakan peluang ini dgn betul. .
Semoga kita ditempatkan di kalangan org yg beriman, ,
InsyaAllah. .
:)
|