
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| teacher to be Bismillahirrahmanirrahim.. dengan rasa yang sangat mendebarkan, aku mula berfikir tentang diri aku.. diri aku yang bakal menjadi seorang guru.. diri aku yang bakal menjadi warga pendidik.. diri aku yang bakal mendidik anak bangsa.. berada di sem 5 menyebabkan aku tersentak dan tersedar dari lamunan aku selama ini.. mampukah aku menjadi seorang guru ? menggalas tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu.. Ya Allah .. berilah aku kekuatan.. " walau mcm mana terpaksa pun awak masuk upsi ni, awak sebenarnya memang mempunyai ciri2 seorang guru yang boleh mendidik.. awak mungkin tak sedar.. tak semua orang ade ciri2 ini.. kalau x, awk mesti xlulus ujian medsi, interview n awak xkn masuk upsi.. so, yakinlah pada diri awak bahawa awak sebenarnya mampu ! dan awak sebenarnya memang dilahirkan untuk menjadi seorang guru " ayat2 yang sering terngiang kat telinga aku.. kata2 lecturer.. pada masa kini, aku hanya mampu menenangkan diri aku, memberikan kepercayaan kepada diri aku, mengukuhkan skills mengajar, sentiasa menuntut ilmu pengetahuan.. "hati kata yang aku TERpaksa.." aku akan buang ayat ni jauh2.. sebab.. aku kuat kerana mak abah.. mereka ingin aku menjadi guru.. mereka percaya yang aku boleh.. jadinya.. sekarang merupakan masa untuk percaya pada diri aku.. sekarang masa untuk didik diri aku menjadi seorang guru.. biarlah apa pun dugaan yang kau terpaksa hadapi.. tabahlah wahai hati.. usahlah fikir tentang masa silam mu yang dah lama berlalu.. lupakan dia !! aku percaya pada diri AKU .. adik sayang mak abah.. :') |