cikgu fara
sweet owner

Assalamualaikum w.b.t. olla :)



Diaries Owner Linkies memories

hello peeps ! welcome to super awesome. .nice to meet you :D


Bigfoots!

smile like nothing happen :')


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: cikgu fara
Others:   


life ~

hyeee .. Assalamualaikum ..
hehe .. fuhhh ~ berabok sudah ini belog :3
lama tak update sebab sedang busy mencintai kerjaya yang diceburi sebagai seorang CIKGU..
cerita lama masih menghantui dan msih belum berjaya untuk move on.
sebab nak percaya kat org tu memang payah..
wlpun ade orang2 yang serius nak kenal dengan kite..
aku baca balik entries2 aku selama ni..
yg semuanya untuk kau..
hahhaha..
hidup..
hidup yang sementara ni..
-introduction-

Cikgu.
satu bidang kerjaya yang sangat mencabar.
kerana menjadi tugas seorang guru dalam mencorak dan mendidik anak bangsa untuk terus berjaya dunia and akhirat.
cikgu tak boleh main2 dlm menyampaikan ilmu.
cikgu perlulah ade ilmu yang cukup n sohih.
cikgu tu .. cikgu ni ..
ini lah bidang yang diceburi..

tak tahunak taip ape lagi..
doakan semoga aku kuat dan tabah ..
tqqqq :))))

teacher to be

Bismillahirrahmanirrahim..

dengan rasa yang sangat mendebarkan,
aku mula berfikir tentang diri aku..
diri aku yang bakal menjadi seorang guru..
diri aku yang bakal menjadi warga pendidik..
diri aku yang bakal mendidik anak bangsa..

berada di sem 5 menyebabkan aku tersentak dan tersedar dari lamunan aku selama ini..
mampukah aku menjadi seorang guru ?
menggalas tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu..

Ya Allah ..
berilah aku kekuatan..

" walau mcm mana terpaksa pun awak masuk upsi ni,
awak sebenarnya memang mempunyai ciri2 seorang guru yang boleh mendidik..
awak mungkin tak sedar..
tak semua orang ade ciri2 ini..
kalau x, awk mesti xlulus ujian medsi, interview n awak xkn masuk upsi..
so, yakinlah pada diri awak bahawa awak sebenarnya mampu !
dan awak sebenarnya memang dilahirkan untuk menjadi seorang guru "

ayat2 yang sering terngiang kat telinga aku..
kata2 lecturer..

pada masa kini,
aku hanya mampu menenangkan diri aku,
memberikan kepercayaan kepada diri aku,
mengukuhkan skills mengajar,
sentiasa menuntut ilmu pengetahuan..

"hati kata yang aku TERpaksa.."
aku akan buang ayat ni jauh2..

sebab..
aku kuat kerana mak abah..
mereka ingin aku menjadi guru..
mereka percaya yang aku boleh..

jadinya..
sekarang merupakan masa untuk percaya pada diri aku..
sekarang masa untuk didik diri aku menjadi seorang guru..

biarlah apa pun dugaan yang kau terpaksa hadapi..
tabahlah wahai hati..
usahlah fikir tentang masa silam mu yang dah lama berlalu..
lupakan dia !!

aku percaya pada diri AKU ..
adik sayang mak abah..
:')


2014

Assalamualaikum w.b.t n hello :)

musim exam mcm ni pun tgn still gatai nak update belog kan ?
bia aaa .. who cares ??
haha
2014 ? the toughest year ever for me ..
sandiwara yg xpernah berhenti ..
kalau xkuat, dah lama jatuh tak bangun2 ni ..

someone asked me,
" knp smpai skrg xcari pgganti ? bagus sbb setia .. tapi.. fara setia pada org yang salah "
deep .. deep .. deep ..
sampai lani terngiang ngiang soalan tu ..
mmm ..
betul .. mmg silap aku sbb buat mcm tu ..
aku dah cuba , tapi blm boleh ..
kejam kan aku ? sbb xpernah nak beri peluang utk org lain ..
org lain yg betul2 mmg hargai aku ..

kemon fara ..
umur dah nak masuk 22 ..
org tu pun dah lupekan kau ..
dia boleh, kau mesti boleh ..

InsyaAllah .. I will ..
right person, right time with da right reasons ..




the end

Assalamualaikum ..
fuuhhhh fuhhh .. berabuk dah kan blog ni ?
haha
saja hati tergerak nak menaip sbb keadaan skrg ni terlalu menekan n tertekan..

kadang2 kite nampak org tu okay je..
senyum je sentiasa..
tapi,, dalam hati dia menangis..

byk bende sgt skrg ni yg menggangu aku..
personal prob, study n mcm2..

kadang2 aku terfikir ..
rasa mcm pilihan yg salah ke aku amik MINOR ACC ??
sbb skrg ni aku dah rasa sgt2 berat..
dengan esaimen n tutorial tanpa henti..
semakin nak habes em, semakin banyak..
ade 6 subjek ,
setiap subjek ade 3 esaimen n tutorial utk setiap chapter..
korg rasa ku mampu ke ??
aku cuma harap aku kuat utk teruskan sem ni..

okay..
ni mmg lumrah sebagai student..
tp aku sgt2 xmampu..
doakan aku ye :')

seterusnya..
congratulation aku ucapkan kpd insan yg aku percaya dulu..
kau beri aku harapan yg TERLALU tinggi menggunung,
tapi kau jugak yang MUSNAH kan semua ..

terima kasih .. terima kasih.. terima kasih ..

dalam hati aku, hanya DIA yg tahu mcm mana rasa sakit tu..

aku REDHA,
aku MAAFKAN,
tapi..
LUPEKAN tu xkan pernah jadi ..

sekali lagi,
DOAKAN SUPAYA AKU KUAT..
TERIMA KASIH ..



trust ? Oopss !


Assalamualaikum w.b.t. 

I'm back ! hewhew
lama rasanya xupdate blog. .fuhhh~ berabok sudah. 

"trust"
tanpa maksud dari kamus dewan pun,
semua org boleh tau kan "trust" tu ape. 

for sure la kan
 kite nak percaya kat someone tu punya la pyh utk kali pertamanya. 
tapi. 
jgn lupe. 
tak semua org yg boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai. .

but for me,
bukan mudah nk percayakan org. 
kita xboleh nk trust dia 1oO %. .
sbb ?
smua org ada kelebihan n kekurangan. .


Allahu. .what's wrong with me ??


Assalamualaikum w.b.t . 

hye. hello . Annyeonghaseyo. .

sejak naik sem 3 ni,
banyak dugaan fara alami .
1. borang pertukaran minor from acc to maths hilang.
2. confius sama da nak amik english language 3 ke x .
3. jadual serabut .
4. problem with someone.

4 tu je dh cukup buat fara rasa blerghhh. .
Ya Allah. .
T_T

n now.
Alhamdulillah semua dah setel.
results :
1. fara stay dgn minor acc.
2. fara drop english language 3 sebb dah serabut sgt time tu.
* i need time to rest*
3. jadual kembali ceria
4. okay saja

fara xtau la kenapa,
sejak semua tu jadi kat fara,
fara jadi pelupa.
seriusly. .
semua housemate perasan yg fara berubah.
fara PELUPA. .
1. lupa pesanan orang.
2. lupa yg fara dah solat zohor.
3. lupa bende2 nota.
4. lupa apa lec pesan.
*ini semua mungkin akibat terlalu stress*

Allah.
n now. .
fara mohon sgt2 supaya Allah berikan fara lg peluang nikmat itu semula. .
InsyaAllah. .
Allah saja nak uji fara. .
sebab. .
Allah sayang fara. .

thanks pd kwn2 sebab concern tntang fara. .
really appreciate it. .

:)
#fara, awak okay sebenarnya. jgn stress sgt. igt DIA. i luv myself #





Bismillah :)


Assalamualaikum w.b.t. .

hye.
skrg ni mesti ramai student ipta yg tgah cuti kan.
huhu. .
mcm fara la..
cuti 3 bulan. .tapi kena balik awal. .
sebab ada kem JPAM. .
xpe la. .
tugas fara. .

okay. .
tujuan fara buat entry ni sbb fara rasa fara patut kongsi pendapat. .
sebenarnya,
banyak perkara yg boleh kita buat time cuti ni. .
kita boleh memperbaiki diri kita. .
jadi yg lebih baik. .
YES. .
Amal Makruf. .

Perkara yg paling seronok. .
kita akan rasa lebih tenang kalau kita dekatkan diri kita lebih dgn Allah.
KITA DATING DENGAN ALLAH. .
SUJUD PADANYA. .
buat solat2 sunat. .

sbb. .
cuti. .
xde esaimen. . xde kelas. .xde masalah. .
xde alasan. .

am i rite ?

time2 cuti ni or time2 pergi bercuti. .
baca la buku2 yg akan beri manfaat pada kita .
buku2 ilimiah. .
buku pejuang2 Islam. .
buku2 panduan. .
mcm2 lagi jenis buku. .

kita pun boleh what gunakan internet secara optimum..
dengan cari maklumat2 yg penting. .
sekurang2nya,
dapatlah tambah ilmu pengetahuan kita. .

buat segalanya kerana Allah. .
biarlah org nak kata apa. .
yg penting, 
Allah Maha Mengetahui. .
Allah Maha Adil. .

cuma kadang2. .
kenapa org lain cpt judge org lain kan. .
biarlah perubahan kita tu kerana Allah. .
walau sekecil mana pun kita berubah. .
Allah Maha Mengetahui. .
biarlah istiqamah. .
biarlah konsisten. .

yes..
fara bukan seseorang yg pakai tudung labuh. .
tapi. .
salah ke kalau fara mulakan penghijrahan fara dengan memakai stokin ?
jwpnnye tidak salah,. 
hehe
yg penting. .
niat kita. .





Wallahualam. 
mohon maaf salah silap. .
sekian. .




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t. .

sedar tak sedar. .
kita dah hampir masuk bulan Ramadhan yg penuh Barakhah. .

jom kita kupas sedikit demi sedikit tentang bulan ini 
:)

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


· Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.



emm. .
banyak kan sebenarnya perkara maaruf yg dpt kita lakukan utk dpt pahala. .
tapi. .
jgn lupa. .niatkan segalanya kerana Allah. .
Semoga kita dpt gunakan peluang ini dgn betul. .
Semoga kita ditempatkan di kalangan org yg beriman, ,
InsyaAllah. .

:)



Smile like nothing happen :)


Assalamualaikum w.b.t. .

hye . 
*hye kat sape pun xtau*
haha
fara nk cite something. .
xde reason pun. . 
cuma nak bg pendapat fara. .

pada pendapat fara,
once kita da sentuh hati someone,
jgn sakit kan hati dia. .
jgn uji tahap kesetiaan dia.
selama mana pun dia kena tggu org tu, 
dia akan terus tggu. .
sebab tu namanya setia. 

kalau rasa kenal ngn org tu utk suka2 ja,
baik jgn. .
sebab. .
bukan senang nk ubat hati org. .

jatuh cinta itu fitrah manusia. 
cuma kita kena kawal dia. .
biar dgn cara yg HALAL. .

mungkin fara xlyk nak ckp pasal ni. .
tapi. 
ni la realiti nya. .

sekian..




Aurat


Assalamualaikum w.b.t. .



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman 
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 
dan 
memelihara kehormatan mereka 
dan
 janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka 
kecuali 
yang zahir daripadanya 
dan
 hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya 
dengan tudung kepala mereka 
dan 
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka 
melainkan
 kepada suami mereka, atau bapa mereka, 
atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, 
atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka,
 atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, 
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, 
atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
 atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua 
dan
 tidak berkeinginan kepada perempuan, 
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
 dan
 janganlah mereka menghentakkan kaki
 untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
dan 
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, 
wahai orang-orang yang beriman, 
supaya kamu berjaya.

(Surah An-Nur:Ayat 31)



happy bufday :)


Assalamualaikum w.b.t. .


dalam Islam, 
selepas masuknya waktu maghrib , 
maka telah masuk satu hari yg baru. .
the next day. .
maka,
Happy Bufday 2nd July !
persamaan 23 syaaban 1434. .

Bismillahirrahmanirrahim. .
Ya Allah. .
hari ini merupakan hari lahirnya. .
Engkau jadikanlah dia seorang anak yg soleh
 kepada ibubapa nya. .
Engkau jadikan lah dia seorang suami dan ayah yg soleh
 utk isteri dan zuriatnya. .
jadikanlah dia seorang doktor daie. .
doktor ummah. .

Engkau lindungi lah dia . .
Semoga segala yg dia lakukan mendapat RedhaMu Ya Allah. .
Engkau murahkan lah rezekinya. .
Kuat kan lah imannya. .
Lapangkanlah dadanya. .
Engkau lindungilah dia . .
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah. .
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui. .

Ya Allah. .
Engkau Yang Maha Pemurah. .
Berikankanlah kekuatan dan kesihatan tubuh badan kpd dia
utk terus menjalankan tugasnya
 sebagai khalifah di bumiMu Ya Allah. .
berikanlah dia kejayaan d idunia dan di akhirat. .

Ameen Ya Rabb. .

:')









nothing here


assalamualaikum w.b.t 

xtau act nk update ape. .
almaklum la..skrg ni kan tga cuti. .
emm
fara tgok skrg ni, rmai jgk kwn fara yg clash. .
peghati je dkt tuiter. .
sedih jgk bace. .
huhu
org yg alami je yg phm. .
seriusly. .

alhamdulillah. .
ada hikmanye bila berlaku mcm tu. .
jauh diri kita dari maksiat. .
tapi. .
semua tu akn buat kite susah nak percaya kat org. .
itu pendapat fara. .
sbb. .
baik mana pun,
ramai mana pun org yg kite jumpe "next",
kite akn susah nak pcye kt dia. .
even org yg PERNAH kite syg pun tinggalkan kite, laggar jnji dia,
lagi pulak org yg baru kite nk knl kan. .
bukan senang nak PERCAYA kat org. .

tapi jgn lupaa. .
Dia sentiasa ada bila kita susah n senang. .
ya. .
Allah S.W.T . .
mengadu pada Dia. .
Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu. .
untuk kita. .

jadi. .
kalau korg betul2 nak kan someone tu,
jumpa lah parents dia.
xpyh couple. .
tunang sng. .
nnti xde yg kecewa. .
jgn mainkan hati org. .
sbb sakitnye dia je yg rasa. .
payahnya dia je yg rasa. .
kalau xde niat nk bersama,
jgn gatal2 nak bg dia harapan. .
get it ?
note that. . ! 

*percaya kat org? sorry*






happy teacher's day


Assalamualaikum w.b.t. .

16 MEI ?

selamat hari guru kepada semua warga pendidik. .
sama ada guru sekolah tadika,
sekolah kebangsaan,
mahupun
sekolah menengah. .
termasuk lah ibubapa kita yang telah mendidik kita sejak kita lahir. .

fara dedicate kan lagu ni untuk semua warga pendidik. .
dan. .
untuk rakan rakan fara juga. .
bakal pendidik. .
:)





thnx kpd yang wish kat saya. .
really appreciate it. .
:D



sekian. .
* selamat hari guru, cikgu *
*terima kasih*

-cikgu fara-




please stay stay stay :D



Assalamualaikum w.b.t. .

hey you. .
please. .




:D



> istikharah cinta <


Assalamualaikum w.b.t. .

Bersaksi cinta
 diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..






> jum bermuhasabah < :)


Assalamualaikum w.b.t

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w




< Cg Eko >


Assalamualaikum w.b.t. .

kami act diberi tugas untuk menemubual 2 orang guru,
2 orang murid
dan
2 orang ibu bapa. .
kami memilih sabak bernam sebagai sekolah untuk kajian kami..
dan. .
ini lah picture picture kami. .
coursemate 
:)



                                                                        - cikgu fara -



                                                         - cikgu tina, elika, efa, huda & huda -



                                                                      - cikgu cekgi -



- gaya cikgu joyah - 

hahaha
mcm mcm reaksi. .
ini hanyalah untuk suka suki. .
sekian. .

# majulah guru untuk generasi #
:p


-cikgu fara-



< kadang2 >


Assalamualaikum w.b.t. 

diam bukan bererti setuju. .
diam bukan bererti gembira. .
diam bukan bererti takut. .
diam tu mempunyai banyak maksud. .

kadang kadang. .
kita pergi jauh dari dia. .
sebab kita nak jaga hati dia. .
biar hati dia, iman dia tak terganggu sebab kita. .

kadang kadang. .
kita akan sentiasa senyum. .
walaupun hati kita terluka. .

kadang kadang. .
kita senyap. .
sebab tu lebih mudah dari berkata kata. .

kadang kadang. .
kita senyap. .
dengan andaian orang akan faham apa yang kita rasa. .

kadang kadang. .
kita perlu pergi jauh. .
kerana mungkin kehadiran kita akan menyebabkan keburukan pada oarng lain. .

kadang kadang. .
kita kata pada diri kita. .
" SAYA KUAT ! "
sebab. .
kita tak nak orang nampak kita lemah. .

kadang kadang. .
kita kena move on. .
sebab. .
perkara lalu tak mungkin akan berlaku dan di ulang. .

kadang kadang. .
tak semua orang faham kita. .

kadang kadang. .
perasaan tanpa kawalan akan menghancurkan kita. .

tapi. .
ingatlah. .
Allah tak pernah jauh dari kita. .
kita je yg kadang kadang lupa pada DIA. .

Ya Allah. .
Engkau ampunilah segala dosaku. .
dosa kedua ibubapa ku. .
serta kasihanilah mereka sebgaimana mereka memeliharaku dan mendidikku sewaktu kecil. .

Ya Allah. .
Engkau berilah aku kekuatan dalam menempuh segala dugaanMU. .
sesungguhnya aku mampu. .
Engkau lapangkan lah dadaku. .

Allah Yang Maha Mengetahui. .
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala isi hati ku. .
seandainya ' dia 'adalah jodohku,
satukanlah kami dengan ikatan yg sah Ya Allah. .
seandainya dia bukan jodoh ku,
jauhkan lah dia dari sudut hati ini. .
tenangkanlah jiwaku dengan takdirMu ..

Ya Allah .
kurniakanlah aku. .
suami dan zuriat yang soleh dan solehah. .
untuk membimbing dan di bimbing ke arah syurgaMU Ya Allah. .

kuatkan lah pegangan iman ku Ya Allah. .
sesungguhnya aku hanyalah hambaMU yang lemah. .
matikanlah kami dalam agamaMU Ya Allah. .
iaitu agama ISLAM . .

Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang. .
Engkau selamat dan lindungilah semua umat Islam. .
sama ada yang berada di Gaza, Syria dan semua tempat Ya Allah. .

Ya Allah..
jauhkan aku daripada sifat lemah dan malas,
dukacita dan keluh kesah,
pengecut dan bakhil,
bebanan hutang, dan penindasan orang..

Ameen Ya Rabb. .

:')
- cikgu fara -

< permohonan >



Assalamualaikum w.b.t. 

jeng. .jeng. .jeng. 
permohonan apekah ?
O.o

nothing. .
juz fara nak mintak something. .
tolong sama sama doakan fara. .

doakan semoga fara kuat. .
semoga fara tabah. .
* gaya mcm org lain tak de masalah je kan *

haha
saja nak meroyan kat sini kejap. .
jangan lupa oke. ?
:)
really appreciate it. .
thnx uolz. .
jazakAllah khair 

- cikgu fara -
 


< professional teacher? >


Assalamualaikum w.b.t. .

orait. .
challo bete. .
eh. .betol ke ayat tu ?
haha. .
hentam je la. .
okay. .back to da title. .
how to be a professional teacher ?

haa. .haa. .
cemane ?
adakah dengan perasaan?
ehhh. .tak de kait. .

start here. .
bismillah. .
act. .
seorang guru akan menjadi seorang yg popular dan retis. .
apabila. .
dia mesra dan sedia membantu semua orang dalam sekolah tu. .
but. .
lagi pro. .
if dia ada kelebihan n keistimewaan yg berbeza dari cikgu2 yang lain. .
guru adalah rujukan pertama oleh murid2. .
kenapa ?
mungkin sebab keberkesanan penerangan dari beliau. 
seorang guru professional perlulah ada keyakinan yg sangat meletop !
guru jugak act kene kuat mental dan fizikal. .
we as teachers need to understand and know all of our student's family background.
tapi. .
jangan lah jaga tepi kain sangat. .
tu macam joyah joyah. .
aip, .aip. .
tak bagus tu. .
nauzubillah. .


kita kene mampu menyelesaikan segala masalah. .
 sama ada masalah akademik. .
mahupun disiplin. .
n mybe. .
masalah dalaman. .

seorang guru perlu lah ada penyediaan. .
apa yg perlu di ajar. .
mcm buku persediaan guru tu. .
mcm tu la. 
bahan bahan mengajar. .
semua kene cukup. .
barulah waktu pembelajaran tak terganggu. .

kita kene pandai berinteraksi dgn pelajar2. .
tingkah laku yg professional :
- sopan
-tegas
-adil
haha
macam polis kau jahhh. .
maksudnya,
attitude kita mstilah sesuai dgn persekitaran. .
tak mau la serius memanjang ketika mengajar. .
before masuk next chapter,
buat lah kuiz mudah. .
as revision. .
and. .
before start new chapter,
buat lah game or aktiviti as mukaddimah. .
nanti. 
mesti pelajar akan senang ingat. .
:)
  
selain tu,
seorang guru kena sentiasa menjaga penampilan. .
fuhh. .
pastikan pakaian kita tu menepati syariat islam. .
tak mo seksi seksi ye, .
sebab. 
ada kes tau. .
haa. . fara tak boleh cita la. .
sebab panjang. .
next tyme ye, .
 guru jugak kene tepati masa. .
ikut jadual tu betol betol. .

jangan lupa jugak. .
kita duduk kat sekolah tu bukan dengan murid2 je. .
so,
kita juga kena jaga perasaan dan hati guru lain. .
sebab. .
tu pun akan mempengaruhi emosi kita jugak. .

TAPI. .
kita sebagai warga pendidik ni kena lah sentiasa jaga tingkah laku kita. .
jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. .
jaga hubungan kita dengan manusia. 
 dengan segala makhluk ciptaan Allah. .
sebab. .
biar doa kita untuk murid2 kita tidak terhalang. .
semoga anak anak murid kita berjaya dunia dan akhirat. .

mengajar bukan sahaja yg ada dalam silibus. .
tp. .
sebar dan ingatkan lah mereka tentang bekalan akhirat. .
InsyaAllah. .
lagi mudah dyorang serap ilmu tuh. .
hehe

oke. .
ini hanya lah pendapat from saye. .
sekian. .

- cikgu fara -





< langkah tercipta >


Assalamualaikum w.b.t

pernah dengar tak lagu langkah tercipta ?
by in-team?
InsyaAllah bila korang dengar lagu nie,
korang akan rasa lebih bersemangat. .
ceewahh. .

mohon pada Allah. .
Dia lebih layak dengar semua tu. .
orait ?
>_~

lyric :

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…

Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…

Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

. . . . . . . . 
okay kan lagu nie ?
try la dgr. .
search. .
tak pon. .belog fara mmg ade lagu ni. .


- cikgu fara - 

 

< noteTomyself >



Assalamualaikum w.b.t . 


yang sebenarnya. .
Islam itu agama yang mudah dan tidak menghalang fitrah manusia. 
Lebih indah,
 ia menyediakan landasan-landasan tertentu 
agar fitrah manusia itu tidak melampaui batas 
dan 
akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.

Hakikatnya, 
 memiliki kehidupan yang berteraskan syariat Islam itu terasa sangat indah.
 Terasa hidup seperti terpandu 
dan
 tiada sesat untuk menuju ke pengakhiran yang bakal tiba. 
SubhanAllah. .

Namun adakalanya,
 manusia mudah terbabas dek hanyut 
dengan nikmat dunia yang sementara.
 Iman pula ada pasang surutnya,
 dan
 implementasi ibadah pula ada tinggi turunnya.

Naik turun itu lumrah,
 namun apabila kita dapat merasakan kita berada di tahap rendah,
 berusahalah untuk naik kembali! 
Apabila merasakan hati yang tidak tenang,
 mungkin itu sebenarnya petanda iman semakin dihakis. 
Berusahalah untuk meneguhkan iman kembali!

Ditegaskan disini, 
Orang Islam itu tidak sempurna ,
 yang sempurna itu agamanya. 
Ya ISLAM!

manusia seperti biasa
 melakukan kesalahan demi kesalahan. 
Berlaku khilaf. 
 ISLAM itu mudah, 
ISLAM itu indah.
 Pernah terdengar kata-kata ini, ?
 andai orang bukan islam mengetahui "akhlak" umat islam kini ,
 nescaya mereka tidak mahu memeluk agama islam,
 tapi mereka tertarik dengan keindahan ISLAM , 
kerana ISLAM tu mudah. .
kita boleh memohon, meminta ampun kepadaNya. .
Ya Allah. .
  :)



Ya Allah. .
Aku minta kuatkan lah imanku,
    kuatkanlah kesabaranku 
kerana 
ku bimbang setiap ujianmu tak dapat ku tempuhi dengan sabar dan kental. 
Aku sering terfikir. .
apakah aku layak menjadi bidadari syurga? 
Bukan sekadar bidadari yang terlihat indah pada zhirnya
 tapi tidak rupanya elok pada batinnya.

Allah. .
Allah. .
Allah. .

Sesungguhnya. .
Aku bkn setakwa Fatimah.
Aku bukan sepintar Aisyah.
Aku bukan sehebat Sumayyah.

Aku hanyalah pendosa tanpa noktah


- cikgu fara -